Negara Malaysia menimpa kemelut Covid-19 yang menyedihkan sejak pertengahan 2020. Dalam bidang pendidikan, aktiviti pendidikan secara semuka yang melibatkan semua institusi pendidikan terjejas dan kerajaan Malaysia memperkenalkan aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan dari rumah (PdPR) secara atas talian, perlu dilaksanakan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung. Kaedah PdPR secara dalam talian, mungkin dilihat sebagai cara mudah untuk memastikan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dapat diteruskan supaya mampu memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran. pelajar. Penggunaan aplikasi-aplikasi seperti Quizzies, Kahoot, live worksheets, blooket dan sebagainya meningkatkan tahap motivasi kerja guru untuk menjalankan PdPc dengan menarik serta cemerlang. Suasana pembelajaran berubah bukan hanya ‘chalk and talk’ sahaja, tetapi lebih kepada menjadikan pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) membolehkan para guru untuk mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran mereka. Guru perlu mengajar kandungan dengan menggunakan kaedah pedagogi dan teknologi yang sesuai. Guru-guru wajar menggunakan aplikasi atas talian sebagai strategi latihan dalam PdPc supaya dapat menambahkan penguasaan dan pencapaian akademik mereka. Selain itu, kajian ini dapat mewujudkan suasana PdPc guru yang seronok.
CITATION STYLE
LETCHUMANAN, M., & PEK, L. S. (2022). IMPAK PENGGUNAAN APLIKASI ATAS TALIAN TERHADAP MOTIVASI GURU SEKOLAH RENDAH SEMASA PENDAMIK COVID-19. Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 3(2), 17–25. https://doi.org/10.55197/qjssh.v3i2.129
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.