Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap kandungan yang diperlukan bagi mereka bentuk pembangunan Model Bahasa Arab Untuk Perundangan Islam Melalui Integrasi Ilmu Naqli Dan Aqli. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kaedah Fuzzy Delphi dengan soal selidik tujuh skala likert. Pengkaji mendapatkan konsensus 1 orang pakar dari bidang bahasa Arab dan 2 orang pakar dari bidang Syariah dan Undang- Undang. Borang selidik mengandungi tiga elemen; (i) Kesepakatan pakar secara umum berkenaan tahap pengetahuan bahasa Arab yang diperlukan oleh pelajar Jurusan Syariah & Undang-Undang, (ii) Kesepakatan pakar mengenai keperluan penguasaan pelajar terhadap tajuk-tajuk Nahu dan Fungsi Dalalah Nahwiyyah dalam pembinaan Hukum, (iii) Kesepakatan pakar mengenai keperluan penguasaan pelajar terhadap tajuk-tajuk Balaghah dan Fungsi Dalalah Balaghiyyah dalam pembinaan Hukum. Dapatan kajian berdasarkan konsensus pakar terhadap hampir kesemua item adalah diterima dengan dan melepasi 3 syarat kriteria Fuzzy Delphi iaitu nilai threshold (d) tidak melebihi atau sama dengan 0.2, peratus kesepakatan pakar melebihi atau sama dengan 75% dan nilai Defuzzication (alpha cut) melebihi atau sama dengan 0.5. Namun terdapat 2 item ditolak kerana mencatat nilai Defuzzication kurang dari 0.5. Kajian ini diharap dapat memberi idea baharu kepada institusi pendidikan dalam melahirkan pelajar yang menguasai bahasa Arab dan fungsinya dalam memahami hukum syarak.
Cite
CITATION STYLE
Abas, U.-H., Jaffar, M. N., Ismail, A. M., Baharum, A. S., Mat Ali, A. A., & Hasbullah, R. (2024). Kaedah Fuzzy Delphi: Rekabentuk Model Bahasa Arab Untuk Perundangan Islam Melalui Integrasi Ilmu Naqli Dan Aqli. Journal of Fatwa Management and Research, 29(2), 99–114. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol29no2.571
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.