Abstract
Makalah ini mengupas amalan-amalan leksikografi yang terkandung dalam karya Frank A. Swettenham, Vocabulary of the English and Malay Languages. Tujuannya ialah untuk meninjau status karya ini sebagai sebuah buku kosa kata Inggeris-Melayu ataupun kamus berdwibahasa. Makalah ini bermula dengan meneliti aspek bunyi (vokal, konsonan dan diftong) yang digunakan untuk melambangkan sebutan bahasa Melayu. Swettenham didapati amat menitikberatkan ketepatan penyebutan sehingga simbol-simbol penanda sebutan digunakan sebagai perlambangan bunyi. Dari segi amalan-amalan leksikografi, entri kata buku ini disusun mengikut abjad. Terdapat pelbagai bentuk kata entri misalnya entri kata dasar, terbitan, majmuk dan sebagainya. Pemerian entri-entri didapati dilakukan dengan menggunakan pendekatan padanan, leksikografi, ensiklopedia dan antonimi. Antaranya, pendekatan padanan terjemahan amat menyerlah dalam menghasilkan karya ini. Justeru, hasil analisis mendapati karya ini lebih berupa sebuah buku padanan kosa kata daripada sebuah kamus dwibahasa.
Cite
CITATION STYLE
Nawi, S. A., & Shin, C. (2016). Meninjau Amalan Leksikografi Vocabulary of the English and Malay Languages oleh F.A. Swettenham. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB). https://doi.org/10.51200/manu.v24i0.515
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.