Abstract
Abstrak Perbelanjaan perkahwinan merupakan peruntukan harta yang perlu dibelanjakan sebagai persiapan untuk mendirikan rumah tangga. Ia adalah satu keperluan kepada pasangan yang akan berkahwin. Rasulullah SAW pernah membelanjakan harta untuk pembayaran mas kahwin dan penganjuran walimah sempena perkahwinan baginda. Mutakhir ini, perbelanjaan perkahwinan masyarakat tempatan dilihat semakin tinggi. Trend sambutan perkahwinan secara besar-besaran dengan pelbagai adat dan kelengkapan semasa memerlukan kepada puluhan ribu ringgit. Ia bukan sahaja semakin membebankan pasangan yang akan berkahwin, malah boleh membawa kepada budaya berhutang dan berkahwin di lewat usia. Kekurangan penerokaan terhadap corak dan gaya perbelanjaan perkahwinan Rasulullah SAW semakin meruncingkan isu ini. Masyarakat seolah-olah hanya meneruskan trend tersebut tanpa didedahkan dengan panduan dalam menguruskan perbelanjaan perkahwinan mereka. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk mengkaji corak perbelanjaan perkahwinan Rasulullah SAW bagi mengemukakan konsep perbelanjaan perkahwinan yang telah dibawa oleh baginda. Sebagai sebuah kajian kualitatif, kajian ini akan menggunakan kaedah analisis dokumen dengan menelusuri dan meneliti peristiwa-peristiwa berkaitan corak perbelanjaan perkahwinan daripada sumber-sumber muktamad. Hasil analisis, kajian mendapati terdapat empat konsep perbelanjaan perkahwinan yang telah dipamerkan oleh Rasulullah SAW iaitu i) perbelanjaan bermanfaat, ii) perbelanjaan mengikut tahap kemampuan, iii) perbelanjaan secara sederhana dan iv) perbelanjaan secara kerjasama. Konsep tersebut sewajarnya dijadikan panduan dan seterusnya diterapkan oleh masyarakat dalam pengurusan perbelanjaan perkahwinan mereka mengikut kesesuaian semasa. Kata kunci: perbelanjaan perkahwinan, konsep perbelanjaan perkahwinan, perkahwinan Rasulullah SAW Madihah, Raihanah dan Asmak, Perbelanjaan Perkahwinan Rasulullah SAW 110 An Analysis of the Concept of Marriage Expenses of the Prophet p.b.u.h. Abstract Marriage expenses are an allocation of money spent in preparation for marriage. It is a necessity to married-to-be couples. Rasulullah p.b.u.h. himself gave dowry and organized walimah on his marriage. To date, the marriage expenses of local communities are seen to be getting higher. It is already becoming a trend of throw a luxurious wedding celebration with a variety of traditional and current equipment which amounts to thousands of dollars. It is not burden-some for couples who are getting married, but instead can lead to a culture of debt and late marriages. In addition to it, there is a lack of research on the patterns and styles of marriage expenses practiced by Rasulullah p.b.u.h. Society seems to only continue the trend without being exposed to the right guidelines in managing their marriage expenses. Therefore, this article aims to review the spending patterns of marriage Prophet for submitting concept of marriage expenses that have been practiced by him. As a qualitative study, this study will use a method of document analysis to explore and examine the events of the wedding expenditure pattern from various sources. The study found that there are four wedding expenses concept that has been exhibited by the Prophet Muhammad p.b.u.h., namely i) the worthwhile expenditure, ii) expenditures by level of ability, iii) moderate expenditure and iv) collaborative expenditure. The concept should be the guide and subsequently adopted by the community in the management of their marriage expenses according to current requirements.
Cite
CITATION STYLE
Syed Husin, S. N. M., Azahari, R., & Ab Rahman, A. (2016). Analisis Konsep Perbelanjaan Perkahwinan Rasulullah SAW. Journal of Usuluddin, 43(1), 109–136. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol43no1.5
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.