Pemikiran Awang Sariyan Terhadap Konsep Al-Falah dalam Akal Budi Melayu

  • Daud Z
  • Sulaiman M
N/ACitations
Citations of this article
60Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pengertian al-falah dalam surah al-Mukminun menggarapkan ciri-ciri mukmin cemerlang ialah yang memiliki kekhusyukan dalam solat, menjauhkan perkara-perkara yang melalaikan, menunaikan zakat, menjaga maruah serta kehormatan, memelihara solat, menunaikan tanggungjawab dan sebagainya. Ini bermakna al-falah dalam konteks sebenar ialah mukmin yang melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhkan segala laranganNya untuk mendapat keseimbangan al-falah di dunia dan akhirat. Begitu juga konsep al-falah juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan setiap individu Muslim. Apakah pemahaman sebenar konsep al-falah dalam akal budi Melayu?. Oleh yang demikian, kertas kerja ini hanya mengupas tentang konsep al-falah dalam akal budi Melayu dari perspektif golongan kelas menengah Melayu Profesional menerusi pemikiran Prof Dato' Dr. Haji Awang Sariyan, sebagai seorang tokoh bahasa Melayu dan Kesusasteraan. Kertas kerja ini memfokuskan dari aspek definisi al-falah, faktor-faktor yang menyumbang kepada al-falah dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam mencapai al-falah. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif menerusi analisis tematik dengan penggunaan instrumen temubual. Hasil kajian menunjukkan bahawa definisi al-falah merangkumi kejayaan seimbang, pengorbanan, secara berjemaah, kepuasan diri dan interaksi antara tokoh-tokoh sarjana. Dua elemen penting dalam menghargai konsep al-falah dalam akal budi Melayu ialah kejayaan perlu dikongsi dan istiqamah serta elemen kepuasasan diri adalah alat untuk mengukur hasil al-falah. Ibu bapa, guru dan cita-cita, pendidikan jiwa dan program keagamaan merupakan faktor-faktor terpenting al-falah. Manakala cabaran-cabaran dalam mencapai al-falah ialah kemiskinan, motivasi guru, keselesaan hidup, bekerjasama dalam pasukan, lari dari sistem Islam dan kembali kepada ajaran Islam. Kesimpulannya, pendekatan al-falah yang diamalkan terhadap akal budi Melayu ini memberikan satu kesan positif yang sangat baik dalam konteks kehidupan dunia dan akhirat, diharap konsep al-falah ini dapat dikembangkan dan diadaptasi dalam bentuk modul dan pelan tindakan pembangunan sahsiah dan peribadi Melayu Islam.   Keywords: Pemikiran, al-Falah, Akal budi, Melayu Profesional, Prof Dato' Dr. Haji Awang Sariyan

Cite

CITATION STYLE

APA

Daud, Z., & Sulaiman, M. (2020). Pemikiran Awang Sariyan Terhadap Konsep Al-Falah dalam Akal Budi Melayu. Sains Insani, 5(2), 112–128. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no2.170

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free