Analisis Sorotan Kajian: Keterancaman Melayu dalam Era Kolonial

  • Muhammad A
  • Awang Pawi A
  • Yaakub M
N/ACitations
Citations of this article
13Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Persepsi ancaman atau keterancaman merupakan isu yang sering dibincangkan oleh sarjana-sarjana dalam bidang hubungan antarabangsa namun kurang dibincangkan dalam politik domestik. Berbeza dengan keterancaman yang dirasai oleh orang Melayu, ancaman tersebut dinisbahkan kepada usaha pengukuhan kedudukan mereka sebagai bangsa peribumi di Tanah Melayu (Malaysia). Ancaman itu wujud daripada cubaan-cubaan untuk menggugat konvensyen tradisional misalnya menuntut hak sama rata yang bercanggah dengan status quo. Keterancaman yang tertanam dalam nasioanalisme Melayu telah mengukuhkan lagi psike keterancaman ini. Justeru itu, objektif kajian ini yang pertama adalah untuk mengenal pasti isu-isu keterancaman Melayu ketika era kolonial dan kedua, merumuskan elemen-elemen utama yang membangkitkan keterancaman Melayu serta ketiga, menganalisis kesinambungannya dengan politik kontemporari negara. Metodologi kajian ini bersifat kualitatif, iaitu dengan kaedah menganalisis kandungan yang diperoleh daripada sumber primer dan sekunder secara deskriptif. Hasil sorotan kajian telah mendapati, terdapat tiga elemen utama yang mendorong keterancaman Melayu iaitu pendekatan politik, konsep kesamarataan serta penggemblengan unsur agama. Ketiga-tiga elemen ini telah membentuk persoalan keterancaman yang sama, iaitu pemeliharaan terhadap kedudukan dan kepentingan politik orang Melayu sebagai peribumi yang masih lagi berlangsung sehingga ke hari ini.

Cite

CITATION STYLE

APA

Muhammad, A. M., Awang Pawi, A. A., & Yaakub, M. T. (2022). Analisis Sorotan Kajian: Keterancaman Melayu dalam Era Kolonial. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(10), e001832. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i10.1832

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free