Abstract
Artificial Intelligence (AI) technology has triggered significant transformations across various domains of life, including the field of the Malay language and literature. This concept paper critically analyses the challenges and future prospects of the Malay Language and Literature within the context of AI dominance. The discussion focuses on issues such as the dominance of foreign languages in AI systems, the limited availability of Malay-language corpora in machine learning models, and the technological infrastructure constraints that hinder the advancement of Malay natural language processing (NLP). Furthermore, the paper explores sociocultural implications arising from the marginalisation of the mother tongue in digital interactions. Through a qualitative approach supported by contemporary document content analysis, this paper identifies the urgent need to develop large-scale Malay linguistic corpora, establish a national digital language policy, and strengthen strategic collaborations between the education sector, industry, and government. The discussion also proposes strategic initiatives to empower the Malay language in technology, including the development of localised language models, the integration of language elements into AI education curricula, and the production of high-quality digital literary content. Findings indicate that the sustainability of the Malay language in the AI era depends on the collective commitment of all stakeholders to integrate it as a vital component of a modern and competitive digital ecosystem. The implications of this study are significant for policymakers, academics, as well as technology and cultural practitioners who aspire to ensure the continued relevance and functionality of the Malay language in a global landscape increasingly driven by artificial intelligence.Teknologi kecerdasan buatan (AI) telah mencetuskan transformasi signifikan merentas pelbagai domain kehidupan, termasuk bidang bahasa dan persuratan Melayu. Kertas konsep ini menganalisis secara kritikal cabaran dan prospek masa depan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam konteks dominasi teknologi AI. Perbincangan terfokus kepada isu-isu seperti dominasi bahasa asing dalam sistem AI, keterbatasan korpus data berbahasa Melayu dalam model pembelajaran mesin (machine learning), dan kekangan infrastruktur teknologi tempatan dalam menyokong pemprosesan bahasa semulajadi (NLP) Melayu. Selain itu, kertas konsep ini turut meneliti implikasi sosiobudaya yang timbul hasil marginalisasi bahasa ibunda dalam interaksi digital. Melalui pendekatan kualitatif berbantukan analisis kandungan dokumen semasa, kertas konsep ini mengenal pasti keperluan mendesak untuk membina korpus data linguistik Melayu berskala besar, merangka dasar bahasa digital nasional, serta memperkukuh kolaborasi strategik antara sektor pendidikan, industri, dan kerajaan. Perbincangan juga mengemukakan cadangan strategi untuk pemerkasaan Bahasa Melayu dalam teknologi, merangkumi pembangunan model bahasa tempatan, integrasi bahasa dalam kurikulum pendidikan AI, dan penghasilan kandungan persuratan digital yang bermutu. Dapatan menunjukkan bahawa kelangsungan Bahasa Melayu dalam era AI bergantung kepada komitmen kolektif semua pihak berkepentingan untuk mengintegrasikan bahasa ini sebagai komponen ekosistem digital yang moden dan berdaya saing. Implikasi kajian ini adalah signifikan bagi penggubal dasar, ahli akademik, serta penggiat teknologi dan budaya yang berhasrat untuk memastikan relevansi dan kefungsian Bahasa Melayu dalam landskap global yang didorong oleh teknologi kecerdasan buatan.
Cite
CITATION STYLE
Zainudin, Z., & Baki, R. (2025). Cabaran serta Masa Depan Bahasa dan Persuratan Melayu Mengharungi Era Kecerdasan Buatan (AI). Journal of Research, Innovation, and Strategies for Education (RISE), 2(6), 1–15. https://doi.org/10.70148/rise.v2i6.1
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.