Kajian secara deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kemahiran pembelajaran terarah kendiri dalam mata pelajaran sejarah. Seramai 865 orang murid Tingkatan Dua terlibat sebagai sampel kajian ini. Instrumen kajian ini ialah soal selidik kemahiran pembelajaran terarah kendiri yang diadaptasi yang telah disahkan oleh pakar penilai dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif iaitu min dan sisihan piawai dengan menggunakan perisian IBM SPSS versi 24. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa amalan kemahiran pembelajaran terarah kendiri berada pada tahap sederhana secara keseluruhannya. Dari segi konstruknya pula, ketiga-tiga konstruk dalam amalan kemahiran pembelajaran terarah kendiri iaitu pengurusan kendiri, keazaman untuk belajar dan kawalan kendiri juga berada pada tahap sederhana. Kajian ini menjadi sumber maklumat kepada guru-guru sejarah untuk memberi fokus kepada pemupukan amalan kemahiran pembelajaran terarah kendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar mereka lebih bertanggungjawab dan komited terhadap proses pembelajaran mereka secara berterusan.
CITATION STYLE
Kaviza, M. (2020). Amalan Kemahiran Pembelajaran Terarah Kendiri dalam Mata Pelajaran Sejarah: Perspektif Murid Tingkatan Dua. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(1), 109–115. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i1.380
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.