Isu Bahasa dan Budaya dalam Penterjemahan Label Makanan

  • Abdul Sukur A
N/ACitations
Citations of this article
11Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Terjemahan berperanan sebagai jambatan penghubung antara khalayak daripada kebudayaan yang berbeza-beza. Terjemahan juga merupakan aktiviti antarabahasa pada peringkat bahasa, serta proses komunikasi antara budaya. Namun, terdapat pelbagai perkataan dan penjelasan sekitar budaya makanan dalam terjemahan label yang menimbulkan kekeliruan kepada pengguna. Penterjemahan nama makanan melibatkan konotasi budaya yang mungkin sukar untuk difahami dan menimbulkan pelbagai cabaran kepada penterjemah. Oleh itu, artikel ini akan menyorot kajian lampau untuk mengenal pasti serta menjelaskan isu-isu bahasa dan budaya dalam penterjemahan label makanan. Setelah penjelasan berkaitan isu-isu yang mempengaruhi pemilihan strategi dan prosedur terjemahan yang dipilih oleh penterjemah, makalah ini akan mengetengahkan impak positif dan negatif penterjemahan label makanan. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada penterjemah dalam menentukan langkah-langkah menterjemah. Walaupun analisis dokumen memfokuskan pada sorotan kajian terpilih sahaja, diharapkan artikel ini menyumbang perspektif baharu dalam penterjemahan label makanan serta memberikan pencerahan untuk kajian masa hadapan di sekitar isu ini.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdul Sukur, A. S. (2022). Isu Bahasa dan Budaya dalam Penterjemahan Label Makanan. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 13(1), 58–69. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol13.1.6.2022

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free