WASIAT BERAMANAH: ALTERNATIF KEPADA PERANCANGAN HARTA PUSAKA YANG KOMPREHENSIF DI MALAYSIA

  • Abdullah M
N/ACitations
Citations of this article
16Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Wasiat merupakan salah satu instrumen perancangan harta pusaka yang menjadi pilihan orang Islam di Malaysia. Namun demikian, pelaksanaan wasiat selepas kematian pewasiat masih berdepan cabaran seperti pelaksanaan wasiat ini masih boleh dicabar, terhad kepada 1/3 bahagian kepada bukan waris, pergaduhan di antara waris, perlantikan penjaga tidak beramanah sehingga berlakunya pengabaian benefisiari. Justeru, kajian ini akan menganalisis aplikasi Wasiat Beramanah sebagai alternatif dalam perancangan harta pusaka yang lebih sistematik dan holistik. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan dan temu bual bersama seorang pegawai di Amanah Raya Berhad (ARB). Hasil kajian mendapati bahawa aplikasi Wasiat Beramanah adalah lebih komprehensif daripada wasiat biasa, berupaya menunaikan hasrat pewasiat, dan menjaga kebajikan waris-waris selepas berlaku kematian pewasiat. Kajian ini mencadangkan aplikasi Wasiat Beramanah ini diperluaskan lagi kerana masih kurang diberi perhatian. Keywords: Wasiat Beramanah, Wasiat, Perancangan harta pusaka, Amanah (trust)

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdullah, M. M. (2023). WASIAT BERAMANAH: ALTERNATIF KEPADA PERANCANGAN HARTA PUSAKA YANG KOMPREHENSIF DI MALAYSIA. Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance, 5(1), 33–44. https://doi.org/10.24191/jipsf/v5n12023_33-44

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free