Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi terhadap pembelajaran pelajar pedalaman dengan capaian internet yang terhad. Akses kepada sambungan internet yang boleh dipercayai terus menjadi cabaran di kawasan pedalaman Sabah, yang mempengaruhi keupayaan pelajar untuk terlibat dalam pembelajaran digital dan pendidikan dalam talian. Kajian ini memfokuskan dua faktor iaitu faktor intrinsik dan ekstrinsik yang mengukuhkan motivasi pelajar walaupun capaian internet terhad. Faktor intrinsik dipengaruhi oleh impian untuk mencapai cita-cita, menimbah ilmu baharu, pelajar yang sukakan cabaran dalam mencapai sesuatu dan mereka ingin mendapatkan markah cemerlang dalam akademik. Faktor ekstrinsik pula merangkumi sokongan daripada ibu bapa dan keluarga, motivasi diri, dorongan daripada pensyarah, inspirasi daripada tokoh pendidikan tempatan, dan pengaruh motivasi luaran lain. Melalui pendekatan campuran yang melibatkan soal selidik dan analisis data pelajar, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang memotivasi pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik mereka. Dapatan kajian akan menyumbang kepada pembangunan strategi bersepadu untuk meningkatkan motivasi pelajar dan pencapaian akademik di pedalaman Sabah. Pemahaman terhadap faktor-faktor ini adalah penting untuk menangani cabaran unik yang dihadapi oleh pelajar di kawasan terpencil dan memastikan peluang pendidikan yang saksama untuk semua pelajar di seluruh negara.
Cite
CITATION STYLE
Karimon, J., Abdul Rahim, F., & Alezender, S. (2024). Capaian Talian Terhad: Tinjauan Faktor Pengukuhan Motivasi Pelajar di Pedalaman Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(6), e002871. https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i6.2871
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.