Abstract
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meninjau pelaksanaan pendekatan kaedah model bar dalam penyelesaian masalah berayat operasi tolak dalam kalangan murid Tahun Empat di daerah Seremban, Negeri Sembilan dalam menyelesaikan masalah operasi tolak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pelaksanaan kaedah model bar dalam meningkatkan pencapaian murid dalam penyelesaian masalah berayat Matematik operasi tolak dan sejauh mana kaedah bar model menaik minat murid dalam menjawab soalan penyelesaian masalah berayat Matematik operasi tolak. Metodologi kajian ini menggunakan kajian tindakan yang mengaplikasikan model Kemmis & Mctaggart (1988). Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2 digunakan untuk membandingkan pencapaian murid sebelum dan selepas diajar pendekatan model bar. Borang soal selidik juga digunakan untuk mengetahui perasaan dan tahap minat murid terhadap penggunaan kaedah model bar. Dapatan kajian menunjukkan 100% berjaya mencapai tahap minimum dalam Ujian Pasca 2. Tahap minat murid terhadap kaedah model bar meningkat lebih daripada 50% dari segi kefahaman dan pengaplikasian kaedah model bar.
Cite
CITATION STYLE
Yap, J. L., & Ali, S. R. (2018). Keberkesanan pendekatan model bar dalam penyelesaian masalah berayat Matematik Operasi Tolak Tahun Empat. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 8(2), 35–44. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol8.2.4.2018
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.