Abstract
The Prophet Muhammad (PBUH) is the best role model to be followed by all of humanity in every aspect of life, especially in communication with family members. Communication issues are one of the main causes of marital dissolution within a family. Practicing good communication can create a harmonious family. This study discusses the concept of da’wah communication as an essential element in family institutions based on the approach taken by Prophet Muhammad (PBUH). The Prophet Muhammad (PBUH) demonstrated an extraordinary example in interacting with his wives, children, and relatives through communication filled with love, gentleness, and wisdom, which also serves as an effective guide for da’wah. This is based on the concepts of qawl sadidan (truthful words), qawl ma'rufa (good words), qawl baligha (clear words), qawl maysura (gentle words), qawl layyina (soft words), and qawl karima (noble words). The study explores the importance of communication based on Islamic values within the family to foster harmonious relationships and trust. This study uses a qualitative research design. Data was collected through content analysis and analyzed thematically. The findings of the study indicate that effective and respectful communication within the family can build noble character, cultivate respect, and strengthen affection. The study recommends the application of Islamic communication principles as a da’wah approach that can strengthen the family institution, build a faithful generation, and contribute to the formation of a morally upright society.Rasulullah SAW merupakan contoh tauladan terbaik yang perlu diikuti oleh seluruh umat manusia dalam segala aspek kehidupan terutama dalam berkomunikasi terhadap ahli keluarga. Komunikasi yang bermasalah menjadi salah satu punca berlakunya pembubaran perkahwinan dalam sesebuah keluarga. Pengamalan komunikasi yang baik dapat melahirkan keluarga yang harmoni. Kajian ini membincangkan komunikasi dakwah sebagai elemen penting dalam institusi keluarga berdasarkan pendekatan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW menunjukkan teladan luar biasa dalam berinteraksi dengan isteri, anak, dan kerabatnya melalui komunikasi yang penuh kasih sayang, kelembutan, dan kebijaksanaan, sekaligus menjadi panduan dakwah yang efektif. Berdasarkan konsep-konsep qawl sadidan (kata-kata benar), qawl ma’rufa (kata-kata baik), qawl baligha (kata-kata jelas), qawl maysura (kata-kata lembut), qawl layyina (kata-kata penuh kelembutan), dan qawl karima (kata-kata mulia). Kajian ini membincangkan kepentingan komunikasi berasaskan nilai-nilai Islam dalam keluarga untuk membina hubungan yang harmoni dan penuh kepercayaan. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif. Data kajian diperolehi secara analisis kandungan dan dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa komunikasi yang berkesan dan penuh adab dalam keluarga dapat membina akhlak yang mulia, menyemai sikap hormat, dan mengeratkan kasih sayang. Kajian ini menyarankan aplikasi prinsip komunikasi Islam sebagai pendekatan dakwah yang mampu mengukuhkan institusi keluarga, membina generasi yang beriman dan menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang berakhlak.
Cite
CITATION STYLE
Mohd Kadri, D. S., Ismail, A., & Osman, K. (2024). KOMUNIKASI DAKWAH RASULULLAH SAW TERHADAP KELUARGA. International Journal of Islam and Contemporary Affairs, 4(2), 1–21. https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v4.214
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.