Prinsip-Prinsip Perundangan Islam: Konsep Dan Aplikasinya Dalam Pentadbiran Pandemik Covid-19 Di Malaysia

  • Mohd Zainon M
  • Siraji A
  • Eletrebi M
N/ACitations
Citations of this article
11Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Prinsip-prinsip perundangan Islam merupakan di antara faktor yang menyumbang kepada pencapaian Maqasid Syariah. Ia berkesan merealisasikan Islam sebagai satu sistem kehidupan yang unggul dan sempurna. Hal ini kerana setiap peraturan undang-undang yang digubal bukan sahaja berasaskan jaminan kemaslahatan, bahkan juga penolakan mafsadah daripada masyarakat. Ketika situasi negara Malaysia adalah membimbangkan ekoran pandemik Covid-19, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif dan tindakan dalam usaha memutuskan rantaian wabak. Dalam kajian ini, terdapat lima pentadbiran pandemik pada tahun 2020 telah dianalisis menggunakan prinsip-prinsip perundangan Islam. Data-data dari (Kementerian Kesihatan Malaysia), (Majlis Keselamatan Negara), (Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia), (Kementerian Pendidikan Malaysia) dan (Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia) telah dihimpun secara induktif serta dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia telah pun menerapkan dengan baik prinsip-prinsip perundangan Islam sekaligus mencapai maqasid syariah yang paling utama. Kajian lanjutan perlu dilaksanakan bagi menyatukan sokongan masyarakat terhadap agenda perlindungan keselamatan rakyat dan negara. Kata kunci: Solat, Pesakit, Pembangunan Digital, Kajian dan Malaysia.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Zainon, M., Siraji, A. H. A., & Eletrebi, M. F. M. (2021). Prinsip-Prinsip Perundangan Islam: Konsep Dan Aplikasinya Dalam Pentadbiran Pandemik Covid-19 Di Malaysia. Al Hikmah International Journal of Islamic Studies and Human Sciences, 4(4), 22–43. https://doi.org/10.46722/hkmh.4.4.21b

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free