Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Pelajar Universiti Utara Malaysia: Satu Tinjauan Pembelajaran Dalam Talian

  • Shahul Hamid M
  • Musa N
  • Ramli M
N/ACitations
Citations of this article
18Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk mengkaji kesan pandemik Covid-19 terhadap pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) khususnya berhubung pembelajaran dalam talian. Kajian ini melibatkan tiga aspek, iaitu sikap pelajar, persekitaran belajar dan keadaan belajar dalam talian. Seramai 100 pelajar ijazah sarjana muda yang terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kaedah borang kaji selidik Google Form digunakan dan diedarkan secara dalam talian kepada setiap responden. Analisis statistik deskriptif diaplikasikan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa dari aspek sikap pelajar, kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran untuk menguruskan masa belajar dengan baik. Manakala, dari aspek persekitaran belajar, kebanyakan pelajar menghadapi gangguan untuk fokus dalam pembelajaran disebabkan oleh tugasan di rumah. Dari aspek keadaan belajar dalam talian, kebanyakan pelajar didapati tertekan dengan tugasan yang diberikan secara dalam talian. Kajian ini dirujuk penting khususnya kepada pihak universiti supaya melaksanakan strategi yang holistik dalam membantu para pelajar mendepani kelangsungan pembelajaran dalam talian sepanjang pandemik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Shahul Hamid, M. N., Musa, N., & Ramli, M. W. (2022). Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Pelajar Universiti Utara Malaysia: Satu Tinjauan Pembelajaran Dalam Talian. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(6), e001535. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i6.1535

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free