Kesediaan mengajar Guru Prasekolah dalam Pengajaran Dan Pemudahcaraan Matematik Awal berasaskan STEM: Peranan Pengetahuan, Minat dan Sikap Mengajar

  • Abd. Halim M
  • Mamat N
  • Mohd Radzi N
N/ACitations
Citations of this article
20Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pendekatan STEM merupakan paradigma penting dalam pendidikan abad ke-21. Guru prasekolah perlu mempunyai kesediaan mengajar Matematik Awal berasaskan STEM. Kajian ini menentukan tahap kesediaan guru dan pengaruh pengetahuan mengajar, minat mengajar dan sikap mengajar terhadap kesediaan mengajar Matematik Awal berasaskan STEM. Kajian deskriptif dan kuantitatif ini menggunakan 253 orang guru prasekolah yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata daripada lima daerah di negeri Sabah iaitu Sandakan, Telupid, Tuaran, Ranau, dan Penampang. Data daripada soal selidik dianalisis menggunakan pendekatan PLS-SEM. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan kesediaan mengajar yang tinggi tetapi minat dan sikap mengajar yang sederhana. Selain itu, pengetahuan dan minat mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan sikap manakala sikap pula mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan kesediaan mengajar. Sikap mengantara hubungan pengetahuan dan minat dengan kesediaan mengajar secara signifikan. Model kajian mempunyai ketepatan peramalan sebanyak 39.2% untuk menerangkan pengaruh pengetahuan dan minat terhadap sikap manakala gabungan pengaruh pengetahuan, minat dan sikap mempunyai ketepatan peramalan kesediaan mengajar sebanyak 13.3%. Pengetahuan mempunyai saiz kesan besar manakala saiz kesan minat terhadap sikap adalah kecil. Saiz kesan sikap terhadap kesediaan mengajar juga kecil. Dapatan kajian menekankan kepentingan meningkatkan pengetahuan dan mengekalkan minat tinggi dan sikap positif guru dengan pelaksanaan pelbagai usaha di prasekolah seperti sokongan kolaboratif dan teknikal, serta pengiktirafan peranan guru prasekolah dalam pelaksanaan pendidikan STEM. Kajian selanjutnnya perlu menyiasat pengaruh faktor-faktor lain seperti sokongan untuk guru, efikasi kendiri dalam teknologi pengajaran dan sebagainya agar model peramalan kesediaan mengajar dapat diperkukuhkan lagi.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abd. Halim, M. I., Mamat, N., & Mohd Radzi, N. M. (2023). Kesediaan mengajar Guru Prasekolah dalam Pengajaran Dan Pemudahcaraan Matematik Awal berasaskan STEM: Peranan Pengetahuan, Minat dan Sikap Mengajar. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 12(2), 30–44. https://doi.org/10.37134/jpak.vol12.2.4.2023

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free