Abstract
Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti hubungan komponen kecergasan fizikal terhadap lari pecut 100 meter dalam kalangan murid lelaki berumur 13 tahun. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk eksperimen dengan menggunakan reka bentuk kajian kes sekali (the one shot case study) untuk menganalisis hubungan komponen kecergasan fizikal berasaskan sukan dan komponen antropometri terhadap lari pecut 100 meter. Seramai 180 orang murid telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data dianalisis dengan menggunakan analisis regresi pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa lima daripada sepuluh pemboleh ubah peramal bakat dalam lari pecut 100 meter iaitu kuasa, kepantasan, masa reaksi, ketinggian berdiri dan berat badan merupakan peramal bagi prestasi lari pecut 100 meter dalam kalangan murid lelaki berumur 13 tahun. Kombinasi tiga pemboleh ubah komponen kecergasan fizikal berasaskan sukan menyumbang sebanyak 50.2% (nilai R Square = .502) varian komponen kecergasan fizikal berasaskan sukan dapat diterangkan oleh kombinasi linear pengukuran dalam skor lari pecut 100 meter [F (6,173) = 29.046, p < .000]. Kombinasi dua pemboleh ubah komponen antropometri menyumbang sebanyak 62.% (nilai R Square = .620) varian komponen antropometri dapat diterangkan oleh kombinasi linear pengukuran dalam skor lari pecut 100 meter [F (4,175) = 71.354, p < .000]. Kajian ini juga mencadangkan bahawa lima pemboleh ubah tersebut boleh digunakan sebagai ujian untuk mengenal pasti bakat pelari pecut 100 meter khusus kepada murid lelaki berumur 13 tahun.
Cite
CITATION STYLE
Abd Razak, A. N., & Hashim, A. (2017). Hubungan komponen kecergasan fizikal berasaskan sukan terhadap prestasi lari pecut 100 meter. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 6(2), 65–80. https://doi.org/10.37134/jsspj.vol6.2.7.2017
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.