Ulasan buku: “Engkaulah adiwiraku: Bagaimana kanak-kanak boleh melawan COVID-19!”

  • Sarudin A
N/ACitations
Citations of this article
6Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Buku ini merupakan bahan bacaan untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun yang berkaitan bagaimana kanak-kanak boleh menjadi seorang adiwira dalam memahami serta menangani wabak pandemik Coronavirus Disease 2019 (COVID-19). Watak utama ialah seorang kanak-kanak perempuan bernama Sara bersama ibunya yang merupakan seorang saintis yang berperanan untuk menangani COVID-19. Buku ini menyerlahkan konteks situasi kanak-kanak yang berimaginasi untuk melaksanakan sesuatu menurut tafsiran dan pengalamannya. Dalam mimpinya, Sara bertemu dengan seekor naga, iaitu Ario yang membawanya terbang merentasi sempadan negara untuk menyelami perasaan kanak-kanak lain dalam memahami dan menghadapi COVID-19. Dalam pengembaraan ini, Sara dan Ario saling berkongsi nasihat serta pengalaman dengan beberapa orang kanak-kanak lagi, iaitu Salem, Sasha, Leila dan Kim dalam usaha menghadapi COVID-19. Buku ini turut mempersembahkan ekspresi linguistik yang signifikan dengan topik serta ilustrasi lakaran watak yang menarik, di samping menunjukkan langka-langkah untuk menangani COVID-19. Visual ilustrasi yang ditunjukkan dapat menyerlahkan ‘pragmatic on the page’ dan seni bina halaman yang menarik bagi memberi tarikan dalam bahan bacaan kanak-kanak. Secara keseluruhan, buku ini dapat menyerlahkan nilai keharmonian masyarakat, nilai kasih sayang dalam keluarga, dan menonjolkan sifat adiwira setiap watak yang terdapat dalam buku ini. Buku ini diharap dapat menjadi medium pengetahuan secara bahan bacaan ringan untuk keluarga dalam mendidik anak-anak memahami dan menangani COVID-19.

Cite

CITATION STYLE

APA

Sarudin, A. (2020). Ulasan buku: “Engkaulah adiwiraku: Bagaimana kanak-kanak boleh melawan COVID-19!” Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9(1), 48–57. https://doi.org/10.37134/jpak.vol9.1.5.2020

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free