Abstract
Komuniti Pembelajaran Profesional adalah satu platform untuk guru berkolaboratif dalam kalangan guru untuk membincangkan pengajaran dan pembelajaran sebaik mungkin. Kolaboratif ini adalah untuk memantau proses pembelajaran pelajar secara lebih berfokus, seterusnya melihat perkembangan pelajar bagi memastikan kemenjadian pelajar. Bagi mencapai matlamat itu, pihak Kementerian Pendidikan telah membangunkan “Kit PLC” bagi membantu membudayakan amalan kolaboratif guru. Tujuan penulisan ini adalah untuk membincangkan amalan kolaboratif berasaskan kepada kit PLC dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 13 strategi atau alat kolaboratif yang dibincangkan iaitu Dialog Prestasi, Kelab Buku, Kumpulan Belajar Guru, Kritikan Video, Jelajah Pembelajaran, Bimbingan Rakan Sekerja, Kajian Pembelajaran, Sesi Perkongsian Guru, Analisis Data, Kumpulan Rakan Kritik, Induksi dan Pementoran Guru Baharu, Kumpulan Penyelesaian Masalah, serta Pasukan Melintang dan Pasukan Menegak. Strategi ini memberi impak kepada peningkatan pedagogi guru dengan memberi tumpuan kepada perkembangan pelajar bagi memastikan kemenjadian pelajar.
Cite
CITATION STYLE
Iksan, Z., Mohamad Ariffin, R. ‘Aqilah, & Syed Imam, S. S. J. (2021). Membina Pembangunan Insan Melalui Kolaboratif Guru Dalam Komuniti Pembelajaran Profesional. Sains Insani, 6(1), 105–112. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no1.258
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.