Hubungan Kepimpinan Instruksional Guru Besar Dan Komitmen Guru Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah di Daerah Alor Gajah

  • MACHAP M
  • - A
N/ACitations
Citations of this article
6Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Penyelidikan ini dirancang untuk menganalisis perkaitan antara pemimpin sekolah dalam pelaksanaan kepimpinan instruksional yang diterajui dan tahap komitmen warga pendidik dalam mengendalikan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di daerah Alor Gajah. Penelitian ini dilaksanakan bagi memahami sejauh mana kepimpinan instruksional mempengaruhi komitmen guru terhadap pelaksanaan PBD, selaras dengan keperluan meningkatkan kualiti pentaksiran berteraskan bilik darjah dalam sistem pendidikan semasa. Pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan dengan melibatkan seramai 231 orang guru dari 10 buah sekolah rendah di daerah tersebut telah di aplikasikan. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik yang merangkumi tiga komponen utama: amalan kepimpinan instruksional, komitmen guru dan pelaksanaan PBD. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi, termasuk korelasi Pearson bagi mengenal pasti hubungan antara pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua tahap kepimpinan instruksional guru besar dan komitmen guru berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara kepimpinan instruksional dan komitmen guru dalam pelaksanaan PBD (r = 0.629, p < 0.001). Implikasi kajian mencadangkan bahawa kepimpinan yang efektif dapat meningkatkan motivasi dan dedikasi guru terhadap pelaksanaan pentaksiran, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, latihan profesionalisme berterusan yang menekankan aspek kepimpinan instruksional adalah penting bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan PBD secara menyeluruh.

Cite

CITATION STYLE

APA

MACHAP, M. P., & -, A. H. A. H. (2025). Hubungan Kepimpinan Instruksional Guru Besar Dan Komitmen Guru Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah di Daerah Alor Gajah. International Journal on Science and Technology, 16(3). https://doi.org/10.71097/ijsat.v16.i3.7469

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free