PERANAN JAKIM DAN JAIN DALAM KES YANG MELIBATKAN PENYALAHGUNAAN LABEL HALAL PADA PRODUK MAKANAN

  • Ab. Halim M
N/ACitations
Citations of this article
74Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Industri makanan halal  merupakan satu  pasaran yang belum sepenuhnya diterokai dan ianya mempunyai potensi yang sangat baik pada masa hadapan. Ini disokong oleh pertambahan masyarakat Islam dunia yang dianggarkan berjumlah seramai 1,599,500,000 pada tahun 2010 dan dijangka meningkat sehingga 2,761,480,000 pada tahun 2050 (Berdasarkan dapatan Pusat Kajian Pew, USA) dengan  nilai pasaran halal semasa dianggarkan mencecah USD 2.3 billion. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang dibangkitkan dalam industri makanan halal samada di peringkat domestik mahupun antarabangsa terutamanya berkaitan dengan penyalahgunaan label halal dan kesalahan-kesalahan lain yang berhubung kait dengannya. Di Malaysia, persoalan yang timbul, sama ada tindakan sewajarnya dikenakan terhadap pengeluar produk yang menyalahgunakan label halal kerana kebanyakan tindakan yang di ambil oleh pihak yang berotoriti lebih kepada tindakan pentadbiran. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji peranan JAKIM dan JAIN dalam penyalahgunaan label halal berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan dan manual halal seperti Standard Halal Malaysia MS1500:2009 dan Manual Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi melihat pelaksanaan tindakan pentadbiran oleh pihak yang mempunyai otoriti dalam pelabelan halal. Analisis dokumen digunakan untuk menghasilkan dapatan, dan hasil dapatan ini diharapkan dapat mendidik pengeluar produk agar lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan produk halal bagi kemaslahatan pengguna

Cite

CITATION STYLE

APA

Ab. Halim, M. ‘Afifi. (2018). PERANAN JAKIM DAN JAIN DALAM KES YANG MELIBATKAN PENYALAHGUNAAN LABEL HALAL PADA PRODUK MAKANAN. Malaysian Journal of Syariah and Law, 6(2), 51–60. https://doi.org/10.33102/mjsl.vol6no2.143

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free