Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara tahap penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap BMI murid perempuan sekolah luar bandar di daerah Rembau, Negeri Sembilan semasa wabak pandemik COVID-19. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ) oleh (WHO, 2002) yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian. Populasi kajian adalah dalam kalangan murid yang berusia 16 hingga 17 tahun dan jumlah sampel kajian seramai 312 orang murid. Dapatan kajian mendapati tahap penglibatan aktiviti fizikal murid perempuan adalah diklasifikasikan sebagai aktif. Tahap BMI pula menunjukkan bahawa murid berada dalam kategori berat badan normal iaitu 69.2% dengan min = 21.56kgm-2. Hasil ujian korelasi pearson pula mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap BMI dalam kalangan murid iaitu r = 0.019; p > 0.05 = 0.732. Keseluruhannya, penglibatan aktiviti fizikal murid perempuan sekolah menengah luar bandar di daerah Rembau tidak memberikan kesan terhadap tahap BMI semasa pandemik COVID-19. Penglibatan awal murid dalam aktiviti fizikal adalah salah satu komponen yang penting dalam memperoleh kesihatan yang baik dan mengelakkan diri daripada mendapat risiko penyakit tidak berjangkit. Pihak sekolah dan guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan perlu merangka program yang boleh menarik minat murid dalam melibatkan diri lebih aktif dalam aktiviti fizikal semasa pandemik COVID-19 ini.
Cite
CITATION STYLE
Aziz, N. A., Abd Razak, M. R., & Ismail, E. (2022). Hubungan Antara Tahap Penglibatan Aktiviti Fizikal dengan Tahap Indeks Jisim Badan Murid Perempuan Semasa Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), e001325. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1325
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.