Bahasa dan Agama Menurut Falsafah Analitik British: Respons Linguistik Melayu

  • Nordin M
N/ACitations
Citations of this article
30Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Dalam falsafah agama, bahasa berfungsi sebagai medium pengungkapan makna keagamaan, seperti bersifat deskriptif dan kebolehtentuan benar-salah dalam mistisisme. Dalam falsafah bahasa pula, agama merupakan salah satu latar atau konteks dalam penghasilan makna dan interpretasi yang bersifat keagamaan. Hal ini memperlihatkan simbiotisme bahasa dan agama dalam falsafah agama dan falsafah bahasa. Artikel ini membincangkan kedudukan bahasa dan agama dalam kedua-dua falsafah berkenaan dari sudut pandang dua ahli falsafah abad ke-20 aliran falsafah analitik British, iaitu Hick dan Ayer, dengan objektif (1) mengenal pasti titik pertemuan bahasa dan agama dalam falsafah, (2) memperincikan garis sempadan bahasa dan agama mengikut pembahagian falsafah bahasa dan falsafah agama, dan (3) mengupas respons linguistik Melayu terhadap produk pemikiran falsafah analitik British. Fokus analisis ialah metafizik. Penghujahan metafizik dianalisis berdasarkan fungsi bahasa dalam falsafah agama yang Hick (1990) ketengahkan dalam Philosophy of Religion, dan juga latar agama dalam falsafah bahasa yang Ayer (1936) kemukakan menerusi Language, Truth and Logic.

Cite

CITATION STYLE

APA

Nordin, M. Z. F. (2022). Bahasa dan Agama Menurut Falsafah Analitik British: Respons Linguistik Melayu. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 15(1), 49–68. https://doi.org/10.37052/jm.15(1)no3

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free