Abstract
Adalah sangat penting untuk memastikan fiqh Islam sentiasa hidup, dinamik dan releven dengan masalah, realiti dan latar semasa dan setempat masyarakat. Ini membolehkan fiqh Islam sentiasa lestari dan berada dalam arus perdana kehidupan masyarakat Islam. Untuk mencapai matlamat ini, beberapa ciri kelestarian fiqh Islam yang sedia ada seperti yang ditunjukkan oleh para fuqaha‟ silam perlu ditonjolkan dan diberikan kedudukan utama. Fiqh dengan ciri-ciri kelestarian atau fiqh lestari inilah yang seharusnya dijadikan panduan dalam menilai isu-isu semasa yang berkaitan. Antara isu semasa yang perlu dilihat dari perspektif fiqh Islam yang lestari ialah yang berkaitan hal ehwal mu‟allaf. Banyak isu yang berkaitan hal ehwal mu‟allaf perlu ditangani secara bijaksana dan lestari supaya maslahah semua pihak dapat dipelihara sebaiknya dan fiqh Islam sentiasa diyakini.
Cite
CITATION STYLE
Abdullah, A. (2016). Pemikiran Fiqh Lestari dan Pemakaiannya ke atas Isu-Isu Terpilih dalam Hal Ehwal Mu’allaf di Malaysia. Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 145–164. https://doi.org/10.22452/afkar.sp2016no1.6
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.