Kebolehpasaran Modal Insan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia: Isu dan Strategi

  • Abdullah N
  • Abd Majid Z
N/ACitations
Citations of this article
42Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Modal insan adalah wadah terpenting ke arah pembangunan lestari sesebuah negara. Sesebuah negara sukar untuk mencapai kemajuan tanpa modal insan yang unggul, berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi. Modal insan yang berpendidikan tinggi juga diakui mempunyai hubungan yang positif dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Justeru, pelaburan dalam pendidikan tinggi merupakan antara fokus utama inisiatif pembangunan di Malaysia. Perkembangan pesat sektor pendidikan tinggi dan peningkatan bilangan siswazah memberi suatu petunjuk yang baik kepada negara. Namun, apa yang turut membimbangkan adalah kadar pengangguran siswazah juga turut meningkat. Pengangguran dalam kalangan lepasan pendidikan tinggi sering dikaitkan dengan faktor kebolehpasaran modal insan dalam dunia pekerjaan. Justeru, kertas konsep ini akan membincangkan isu dan strategi bagi meningkatkan kebolehpasaran modal insan lepasan institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdullah, N. S. S., & Abd Majid, Z. (2022). Kebolehpasaran Modal Insan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia: Isu dan Strategi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(8), e001615. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i8.1615

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free