Abstract
Makalah ini membicarakan mandi bunga sebagai amalan dan fungsinya dalam masyarakat Melayu. Mandi dengan bunga tertentu merupakan tradisi budaya sama ada di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan negara serumpun lainnya. Kajian ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang jelas tentang mandi bunga, amalan dan fungsinya dalam masyarakat Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual bersama-sama dengan seorang pengamal perubatan tradisional yang pernah dan masih mengendalikan adat mandi bunga di Parit Haji Amin, Sungai Rawa, Parit Buntar. Kaedah ini dijalankan pada Januari 2021 untuk mendapatkan sumber primer dan justifikasi pemilihan ini berdasarkan pengalaman beliau yang telah berkecimpung dalam perubatan tradisional selama 30 tahun serta masih aktif menjalankan kerja-kerja pengubatan tradisional sehingga kini. Dapatan kajian mendapati mandi bunga melibatkan berjenis-jenis bunga, dengan kaedah penyediaan mandi bunga dan tujuan pelaksanaannya. Selain itu juga, didapati mandi bunga mempunyai fahaman animisme, dinamisme dan Hindu-Buddha yang percaya kepada semangat dan roh. Amalan mandi bunga mempunyai pelbagai tujuan seperti menaikkan seri pengantin, membuang nasib malang dan mendapatkan sesuatu hajat seperti mendapatkan ilmu hitam, kedudukan, memikat, dan memakai susuk. Walau bagaimanapun amalan mandi bunga ini tidak lagi popular dalam masyarakat Melayu kerana kebanyakannya telah berubah kepada mandi bunga yang bersifat komersial. Selain itu, tradisi mandi bunga yang diamalkan oleh masyarakat Melayu ini amat bertentangan dengan ajaran Islam kerana terdapat unsur mempercayai semangat dan boleh mendatangkan syirik.
Cite
CITATION STYLE
Wan Teh, W. H. (2023). Mandi Bunga: Suatu Penelitian Awal tentang Amalan dan Fungsinya dalam Masyarakat Melayu. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 16(2), 271–286. https://doi.org/10.37052/jm.16(2)no5
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.