Kesan Komitmen Organisasi Pendidikan Sebagai Moderator ke atas Hubungan Kepimpinan Teknologi Pengetua dalam Pengurusan Kurikulum dengan Efikasi Kendiri Guru

  • Talip R
  • Tiop T
N/ACitations
Citations of this article
117Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini yang dijalankan adalah mengenai kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum, efikasi kendiri guru dan komitmen organisasi pendidikan. Secara khususnya, kajian ini juga mengenal pasti hubungan kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum dengan efikasi kendiri guru. Seterusnya, kajian ini juga mengenal pasti kesan komitmen organisasi pendidikan sebagai moderator dalam hubungan kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum dengan efikasi kendiri guru. Kajian ini adalah kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 25.0. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi yang ditadbir ke atas 306 orang guru. Analisis deskriptif menunjukkan kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum, efikasi kendiri guru dan komitmen organisasi pendidikan diamalkan pada tahap yang tinggi. Ujian korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan linear positif yang sederhana bagi kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum dengan efikasi kendiri guru. Manakala, dengan menggunakan regresi hierarki didapati bahawa pentadbir perlu meningkatkan komitmen organisasi kerana ianya memberi kesan moderator yang positif terhadap hubungan kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum dan efikasi kendiri guru. Implikasi dan cadangan kajian lanjut turut dibincangkan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Talip, R. B., & Tiop, T. A. (2020). Kesan Komitmen Organisasi Pendidikan Sebagai Moderator ke atas Hubungan Kepimpinan Teknologi Pengetua dalam Pengurusan Kurikulum dengan Efikasi Kendiri Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(3), 30–46. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i3.373

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free