Tahap Pengetahuan Kolokasi Bahasa Arab dalam kalangan Pelajar Universiti Awam Malaysia

  • Asbulah L
N/ACitations
Citations of this article
71Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kolokasi merupakan aspek bahasa yang ditemui oleh semua bahasa dan merupakan gandingan dua patah perkataan (leksikal) atau lebih yang membawa maksud baru dan berbeza daripada maksud bagi perkataan tunggal (asal). Pelajar yang memiliki tahap penguasaan kolokasi yang tinggi diiktiraf sebagai individu yang mencapai tahap kompeten dalam komunikasi dan memiliki kefasihan yang tinggi. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan kolokasi Bahasa Arab dalam kalangan pelajar university awam. Kajian ini merupakan kajian kuantittaif yang berbentuk tinjauan (cross-sectional) yang melibatkan seramai 344 responden daripada kalangan pelajar tahun akhir dari lapan buah universiti awam di Malaysia. Data yang diperolehi dianalisis secara dekskriptif menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan kolokasi Bahasa Arab dalam kalangan pelajar universiti awam adalah masih di tahap yang rendah. Situasi ini menunjukkan bahawa kelemahan ini adalah disebabkan oleh pelajar tidak dapat menguasai makna dan fungsi penggunaan sesuatu perkataan Arab itu dengan baik. Keadaan bertambah rumit apabila keterbatasan penguasaan perbendaharaan kata. Justeru, pembelajaran kolokasi perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kerana pembelajaran kolokasi bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan leksikal malah dapat meningkatkan keupayaan dan kecekapan berkomunikasi samada dalam pertuturan atau penulisan. Antara cadangan yang boleh dilakukan, penggubal buku teks dapat mengambil inisiatif dengan menyediakan bahan kolokasi bagi perkataan yang berfrekuensi secara sedikit demi sedikit dari peringkat sekolah rendah dan menengah. Tidak ketinggalan, pembelajaran kolokasi berasaskan sumber data korpus juga haruslah diperkenalkan agar pelajar dapat menyerap manfaat dan potensi daripada data korpus yang menyediakan sumber bahasa Arab yang autentik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Asbulah, L. H. (2021). Tahap Pengetahuan Kolokasi Bahasa Arab dalam kalangan Pelajar Universiti Awam Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(7), 127–138. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i7.888

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free