Kontrak Pintar Berasaskan Blok Rantai Dari Perspektif Syariah Blockchain-Based Smart Contracts: A Shariah Perspective

  • Zulkepli M
  • Mohamad M
  • Azzuhri S
N/ACitations
Citations of this article
15Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kontrak pintar berasaskan blok rantai (KPBR) merupakan skrip komputer yang mewakili sesuatu kontrak atau transaksi yang dilancarkan ke dalam rangkaian blok rantai. Sesuatu kontrak yang dibentuk menggunakan KPBR dapat berkuat kuasa secara automatik, dengan pengesahan desentralisasi, dan rekod transaksi masa nyata dapat diakses oleh semua pengguna blok rantai. Inovasi kontrak pintar menyediakan kaedah baharu kepada institusi kewangan Islam (IKI) untuk melaksanakan kontrak Syariah. Bagaimanapun, dari perspektif Syariah, penggunaan kontrak pintar untuk melaksanakan transaksi perlu diteliti sewajarnya. Hal ini kerana keabsahan sesuatu transaksi dari sudut pandang Syariah perlu mengambil kira prinsip Syariah. Sehubungan itu, kajian ini menghuraikan konsep KPBR dan kelebihan penggunaannya dalam institusi kewangan Islam (IKI) di samping mengenal pasti teknologi ini daripada perspektif Syariah. Pendekatan kualitatif yang berasaskan kajian kepustakaan diaplikasikan bagi mencapai objektif kajian dengan merujuk dokumen dan literatur yang berkaitan. Data yang dikumpulkan kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa KPBR merupakan salah satu bentuk inovasi teknologi yang boleh digunakan untuk menguatkuasakan kontrak Syariah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Zulkepli, M. I. S., Mohamad, M. T., & Azzuhri, S. R. (2023). Kontrak Pintar Berasaskan Blok Rantai Dari Perspektif Syariah Blockchain-Based Smart Contracts: A Shariah Perspective. Al-Basirah Journal, 13(2), 1–12. https://doi.org/10.22452/basirah.vol13no2.1

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free