The Influence of Youtube Watching Frequency and Attitude towards Interest to Become a Youtuber

  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
16Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Lebih dari 100 jam video telah dimuat naik ke saluran YouTube setiap minit, dan lebih daripada 1 bilion pengguna yang mengunjungi YouTube setiap bulan pada zaman kini. Kajian lepas mendapati saluran YouTube sering ditonton oleh orang dewasa yang berusia antara 18-34 tahun. Senario ini amat membimbangkan kerana isi kandungan YouTube kadangkala boleh mendatangkan kemudaratan terutamanya kepada golongan pelajar yang sepatutnya menumpukan masa kepada pembelajaran daripada menonton YouTube. Walaupun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat kesan positif saluran YouTube terhadap segelintir golongan individu iaitu saluran YouTube boleh digunakan untuk menjana pendapatan yang lumayan oleh mereka yang lebih dikenali sebagai YouTuber. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk menilai hubungan antara kekerapan menonton YouTube dan sikap remaja mengenai YouTuber terhadap minat remaja untuk menjadi YouTuber sebagai kerjaya. Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Dalam kajian ini, seramai 42 orang pelajar daripada institusi pengajian tinggi iaitu Politeknik dijadikan sampel kajian. Teknik pensampelan ada yang digunakan adalah pensampelan rawak. Perisian SPSS v.22 digunakan untuk menjalankan analisis deskriptif dan Korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati ramai pelajar cenderung untuk menjadi Youtuber. Hasil analisis juga mendapati sikap terhadap YouTuber mempengaruhi secara signifikan terhadap minat menjadi YouTuber dalam kalangan pelajar. Disebabkan kesukaran untuk mengawal aktiviti YouTuber, kajian ini mencadangkan agar pihak institusi pendidikan sentiasa memberi nasihat bahawa hanya video-video yang memberi manfaat dan berunsur kebaikan sahaja dihasilkan kepada pelajar yang cenderung untuk menjadi YouTuber.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ahmad, N., Nik Md. Salleh, N. S., & Ngadiman, D. W. (2022). The Influence of Youtube Watching Frequency and Attitude towards Interest to Become a Youtuber. Online Journal for TVET Practitioners, 7(1). https://doi.org/10.30880/ojtp.2022.07.01.010

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free