Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah Murid Berkeperluan Khas dalam Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Rendah

  • Primus V
  • Mosin M
N/ACitations
Citations of this article
132Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan satu transformasi kurikulum semasa dalam landskap pentaksiran pendidikan negara. Pendekatan utama dalam PBD ialah pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran sebagai pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pengurusan perancangan PBD Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI) sekolah rendah. Reka bentuk kajian ini adalah secara kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif. Empat orang guru di empat buah sekolah yang terlibat dalam mengendalikan PBD dipilih secara purposive sampling sebagai peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga belas sub tema yang muncul dalam pengurusan perancangan pentaksiran dan pengurusan strategi mentaksir MBK PPI. Kajian ini adalah signifikan dengan keperluan semasa pendidikan negara yang sedang melalui fasa transformasi kurikulum dan pentaksiran. Pengurusan PBD oleh guru selaku pelaksana utama dasar amat penting dalam menjamin kualiti PBD dalam kalangan MBK PPI. Keberhasilan dan kemenjadian MBK PPI dalam pengurusan PBD yang terancang serta pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan dapat memberi peluang kepada MBK PPI untuk mendapat kesamarataan dalam pembelajaran. Dapatan kajian ini juga telah memberi garis panduan kepada guru untuk mengurus dan merancang PBD MBK PPI.

Cite

CITATION STYLE

APA

Primus, V. W., & Mosin, M. (2021). Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah Murid Berkeperluan Khas dalam Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 59–68. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.903

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free