Kefahaman dan pengamalan nilai-nilai murni melalui kursus Penghayatan Etika dan Peradaban dalam kalangan pelajar Politeknik Mersing

  • Rosli A
  • Mahadi M
  • Mohamad A
N/ACitations
Citations of this article
31Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Amalan nilai murni merupakan sebahagian dari amalan yang perlu dilakukan dalam kehidupan seharian. Untuk mendapatkan pengetahuan mengenai amalan nilai murni hendaklah dipelajari dan difahami terlebih dahulu. Namun begitu, masih terdapat kekurangan dan kelompongan amalan nilai murni dalam kalangan mahasiswa IPT. Tujuan penyelidikan ini dilaksanakan adalah mengkaji tahap kefahaman dan pengamalan nilai-nilai murni melalui kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. Kursus ini merupakan satu kursus MPU yang baharu ditawarkan dan wajib dipelajari oleh semua pelajar di peringkat pengajian tinggi. Kursus ini ditawarkan untuk membentuk dan menerapkan nilai universal kepada mahasiswa yang mempunyai pelbagai latar belakang seperti kaum, etnik dan agama. Kajian kuantitatif ini dijalankan di Politeknik Mersing dengan menggunakan pensampelan rawak mudah bagi pengumpulan data. Responden dalam penyelidikan adalah terdiri daripada 157 orang pelajar yang telah mengambil kursus ini. Hasil penemuan kajian mendapati tahap kefahaman dan pengamalan pelajar tentang nilai-nilai murni yang terdapat dalam kandungan Penghayatan Etika dan Peradaban berada di tahap tinggi. Kesimpulannya, para pelajar Politeknik Mersing mempunyai tahap kefahaman dan pengamalan nilai murni yang baik dalam kehidupan seharian. Implikasi kajian ini memberi panduan kepada pihak yang terlibat mengenai kepentingan kursus Penghayatan Etika dan Peradaban terutamanya dalam membentuk nilai murni kepada pelajar

Cite

CITATION STYLE

APA

Rosli, A. R., Mahadi, M. I., & Mohamad, A. (2023). Kefahaman dan pengamalan nilai-nilai murni melalui kursus Penghayatan Etika dan Peradaban dalam kalangan pelajar Politeknik Mersing. Technical and Vocational Education International Journal (TAVEIJ), 3(1), 63–70. https://doi.org/10.55642/taveij.v3i1.280

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free