Abstract
Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen merupakan elemen yang amat penting bagi memastikan kejituan item soal selidik yang dibina. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik tahap pengetahuan, sikap dan cabaran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Instrumen soal selidik telah disahkan dari segi kesahan muka dan kesahan kandungan oleh dua orang pakar dalam bidang kajian. Manakala nilai kebolehpercayaan pula dikenal pasti melalui pengiraan nilai Alpha Cronbach. Seramai 30 orang guru Bahasa Melayu daripada Sekolah Kebangsaan daerah Seberang Perai Utara telah dipilih sebagai responden kajian ini. Soal selidik ini telah dibahagikan kepada empat bahagian yang perlu diisi oleh responden seperti demografi responden, pengetahuan, sikap dan cabaran guru Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini menunjukkan indeks kesahan kandungan skala (S-CVI/ Ave) sebanyak 1.000 dan skor nisbah kesahan (CVR) pula menunjukkan nilai +1. Ini ia bermaksud setiap item kajian telah mewakili domain kostruk yang dikehendaki dan disahkan penting. Dapatan kajian nilai Cohen Kappa pula menunjukkan bahawa instrumen kajian ini mempunyai nilai kesahan yang tinggi (k = 0.680, p = 0.001), manakala dapatan kebolehpercayaan (α = 0.813) didapati tinggi dalam kalangan penilai. Hal ini bermaksud instrumen kajian ini amat sesuai digunakan bagi bagi mengukur pengetahuan, sikap dan cabaran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Implikasi kajian ini adalah untuk membantu pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM dalam pelaksanaan PBD yang lebih baik dan lancar.
Cite
CITATION STYLE
Mannogaran, V., & Nor Shaid, N. A. (2023). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Mengenai Pengetahuan, Sikap dan Cabaran Guru dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(1), e001958. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.1958
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.