KERUNTUHAN AKHLAK MENERUSI NOVEL PEREMPUAN POLITIKUS MELAYU BERDASARKAN PERSPEKTIF AL-GHAZALI COLLAPSE IN THE NOVEL PEREMPUAN POLITIKUS MELAYU FROM PERSPECTIVE OF AL-GHAZALI

  • Muhammad Apandi S
  • Mohd Ali T
  • Hussein E
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
6Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Faisal Tehrani merupakan seorang penulis sastera kontemporari yang kerap kali menghasilkan karya-karya berkaitan krisis masyarakat dalam pelbagai aspek, iaitu dari sudut ekonomi, politik dan, sosial. Novel Perempuan Politikus Melayu yang dihasilkan pada tahun 2016 merupakan salah satu novel beliau yang mengetengahkan pelbagai bentuk keruntuhan akhlak dalam sebuah kelompok masyarakat seperti konflik dalam hubungan pemerintah dengan rakyat, pasangan kekasih dan juga hubungan kekeluargaan. Isu keruntuhan akhlak tersebut digarap melalui pelbagai tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam dan nilai norma masyarakat Melayu yang dipaparkan menerusi watak-watak tertentu. Kajian ini dilaksanakan bagi memahami jenis-jenis perlakuan keruntuhan akhlak yang telah didasari oleh nafsu marah, benci dan dendam. Kajian ini juga telah menggariskan tiga objektif utama, iaitu mengenalpasti isu keruntuhan akhlak menerusi novel kajian, menganalisis serta menilai kesan keruntuhan akhlak dalam novel tersebut dengan menggunakan Pendekatan Ihya’ Ulumuddin yang dipelopori oleh Al-Ghazali (2013). Metodologi kajian yang digunakan adalah pendekatan kualitatif, iaitu analisis wacana. Hasil kajian mendapati bahawa isu keruntuhan akhlak yang ditunjukkan dalam novel Perempuan Politikus Melayu benar-benar tidak selari dengan ajaran Islam dan harus dijauhi agar manusia dapat menjamin kesejahteraan sejagat. Kesimpulannya, kajian ini bermatlamat untuk memberi nilai pendidikan kepada semua pihak untuk lebih memahami dan mengenali bentuk-bentuk keruntuhan akhlak yang kerap kali berlaku dalam masyarakat berdasarkan novel kajian hingga berupaya membentuk normalisasi yang negatif dalam kehidupan mereka. Di samping itu, kajian ini diharapkan berupaya menjadi salah satu strategi utama yang boleh digunakan oleh masyarakat untuk lebih memahami dan menghindari tingkah laku negatif berdasarkan penilaian agama dan norma hidup masyarakat Melayu. Kata Kunci: Keruntuhan akhlak, novel Perempuan Politikus Melayu, al-Muhlikat, Ihya’ Ulumuddin.

Cite

CITATION STYLE

APA

Muhammad Apandi, S. N. A., Mohd Ali, T. I. M. T., Hussein, E. M., & Mohd Balwi, M. T. A. (2024). KERUNTUHAN AKHLAK MENERUSI NOVEL PEREMPUAN POLITIKUS MELAYU BERDASARKAN PERSPEKTIF AL-GHAZALI COLLAPSE IN THE NOVEL PEREMPUAN POLITIKUS MELAYU FROM PERSPECTIVE OF AL-GHAZALI. Jurnal Pengajian Melayu, 35(1), 106–120. https://doi.org/10.22452/jomas.vol35no1.7

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free