Abstract
Pemasaran elektronik mulut ke mulut (eWOMM) merupakan salah satu saluran pemasaran yang semakin popular digunakan dalam platform perniagaan dalam talian pada masa kini. Pemasaran ini telah diiktiraf kepentingannya berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Walaupun eWOMM telah dibincangkan secara meluas dalam literatur, namun eWOMM dalam keusahawanan sosial Islam secara khususnya kurang dibincangkan dalam kalangan penyelidik. Keusahawanan sosial Islam dilihat semakin penting dalam fasa endemik bagi memastikan kebajikan masyarakat terjaga secara keseluruhannya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk eWOMM yang sesuai diguna pakai dan dimobilisasikan dalam keusahawanan sosial Islam. Data dikumpul menggunakan data sekunder dan dianalisis secara analisis dokumen, Dapatan kajian menunjukkan dua bentuk eWOMM yang dilihat sesuai untuk diguna pakai dan dimobilisasikan dalam aktiviti keusahawanan sosial Islam bagi meningkatkan keterlihatan dan prestasi perniagaan usahawan-usahawan yang terlibat.
Cite
CITATION STYLE
Yusoff, M. (2022). Mobilisasi Pemasaran Elektronik Mulut ke Mulut Dalam Keusahawanan Sosial Islam. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 133–145. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol3no3.142
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.