Abstract
Abstrak Makalah ini menjelaskan konsep al-ta'ābudiyyah dan kepentingannya dalam berinteraksi dan memahami isu-isu hukum Islam semasa. Al-Ta'ābudiyyah ialah hukum yang tidak dapat dikesan 'illah baginya. Ia satu elemen penting dalam ijtihad. Makalah ini cuba menjelaskan masalah salah faham terhadap konsep, peranan dan kedudukan al-ta'ābudiyyah dalam ijtihad. Untuk mencapai objektifnya, makalah ini menganalisis secara induktif dan deduktif maklumat-maklumat yang dikumpulkan melalui kajian perpustakaan. Makalah ini membuktikan bahawa konsep al-ta'ābudiyyah suatu perkara penting dalam usaha berinteraksi dan memahami isu-isu hukum Islam semasa, khususnya dalam menjaga ketegaran syariat Islam sepanjang zaman dari sudut pengukuhan konsep ibtilā', pembuktian keterbatasan akal manusia, penetapan 'standard' kemaslahatan dan kepentingan proses ijtihad dalam mencapai matlamat pensyariatan. Kata kunci: al-ta'ābuddiyyah, ijtihad, hukum Islam semasa, maslahat The Concept of al-Ta'ābudiyyah and Its Importance in Contemporary Islamic Rulings Abstract The article explains the concept of al-ta'ābudiyyah and its importance in understanding related issues of contemporary Islamic rulings. It is a set of rulings which is not able to derive its cause clearly. It is an important element in ijtihad. The article elaborates misunderstanding of the concept of al-ta'ābudiyyah, its role as well as its position in ijtihad. This article uses inductive and deductive analysis. It proves that the concept of al-ta'ābudiyyah is an important in dealing with contemporary Islamic rulings especially in protecting the evergreen of Shariah in term of strengthening of ibtilā', the limitedness of human reason, setting the standard of public interest and the importance of legal exercises in achieving the objectives of Shariah.
Cite
CITATION STYLE
Wan Chik, W. M. Y., & Ali, A. K. (2015). Konsep al-Ta‘ābudiyyah dan Kepentingannya dalam Hukum Islam Semasa. Journal of Usuluddin, 41(1), 1–20. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol41no1.1
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.