Tahap Pengamalan Kemahiran Pemikiran Sejarah Melalui Penggunaan Sumber Digital Sejarah dalam Pendekatan Flipped Classroom

  • Kaviza M
N/ACitations
Citations of this article
19Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengamalan kemahiran pemikiran sejarah dan konstruknya iaitu kemahiran memahami kronologi, kemahiran meneroka bukti, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat imaginasi dan kemahiran membuat rasionalisasi melalui penggunaan sumber digital sejarah dalam pendekatan Flipped Classroom. Kajian ini melibatkan seramai 32 orang murid Tingkatan Satu melalui teknik persampelan berkelompok dijadikan sampel kajian ini. Soal selidik yang diadaptasi yang telah disahkan oleh pakar penilai dalam bidang pendidikan sejarah dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik dijadikan instrumen kajian ini. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian-t sampel tak bersandar dan ujian MANOVA melalui perisian IBM SPSS versi 24. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengamalan kemahiran pemikiran sejarah dan kelima-lima konstruknya adalah sederhana. Selain itu, tahap pengamalan kemahiran pemikiran sejarah dan konstruknya juga berada pada tahap sederhana bagi murid lelaki dan perempuan walaupun hanya kemahiran memahami kronologi sahaja yang dilaporkan berada pada tahap tinggi bagi murid perempuan. Tambahan pula, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pengamalan kemahiran pemikiran sejarah dan kelima-lima konstruknya berdasarkan jantina. Implikasi kajian ini diharapkan dapat menjadi sumber rujukan kepada guru-guru sejarah dalam merancang inovasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran sejarah sedia ada.

Cite

CITATION STYLE

APA

Kaviza, M. (2020). Tahap Pengamalan Kemahiran Pemikiran Sejarah Melalui Penggunaan Sumber Digital Sejarah dalam Pendekatan Flipped Classroom. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(5), 72–80. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i5.419

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free