Kebolehan Penyelesaian Persamaan Linear: Satu Kerangka dalam Penaksiran Bilik Darjah

  • Lian L
  • Yew W
  • Idris N
N/ACitations
Citations of this article
32Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membentuk satu kerangka berdasarkan model SOLO (Struktur Hasil Pembelajaran Yang Diperhatikan atau Structure of the Observed Learning Outcome) bagi mencirikan kebolehan penyelesaian persamaan linear pelajar melalui empat domain kandungan, iaitu pola linear (bergambar), ubahan langsung, konsep fungsi dan jujukan aritmetik. Data bagi kajian ini telah dikumpul melalui teknik temubual klinikal. Subjek kajian ini terdiri daripada sembilan orang pelajar Tingkatan Empat. Kertas ini hanya berfokus kepada perbincangan dapatan kajian bagi tugas jujukan aritmetik. Dapatan kajian ini telah mengenal pasti enam peringkat kebolehan penyelesaian persamaan linear dalam menyelesaikan tugas jujukan aritmetik, iaitu peringkat prastruktural, peringkat unistruktural, peringkat multistruktural, peringkat relasional rendah, peringkat relasional atas, dan peringkat abstrak lanjutan. Kesahan berhubung dengan penaksiran dan penghalusan deskriptordeskriptor dalam kerangka telah menunjukkan konsistensi dan kesepadanan yang kuat antara kerangka dengan respons subjek.

Cite

CITATION STYLE

APA

Lian, L. H., Yew, W. T., & Idris, N. (2009). Kebolehan Penyelesaian Persamaan Linear: Satu Kerangka dalam Penaksiran Bilik Darjah. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 6. https://doi.org/10.32890/mjli.6.2009.7614

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free