Kesediaan Guru Pendidikan Khas dalam Melaksanakan Mata Pelajaran Asas Tanaman

  • Derapa N
  • Mohamed S
N/ACitations
Citations of this article
118Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSM PK) dilaksanakan awal tahun 2017. Mata pelajaran Asas Tanaman adalah satu daripada tujuh mata pelajaran yang terdapat di dalam Kemahiran Asas Vokasional. Terdapat tiga objektif kajian iaitu untuk mengenal pasti kesediaan guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam melaksanakan pengajaran Asas Tanaman, mengenal pasti perbezaan pengetahuan guru dalam melaksanakan pengajaran Asas Tanaman berdasarkan kehadiran kursus Asas Tanaman serta mengenal pasti perbezaan kemahiran guru dalam melaksanakan pengajaran Asas Tanaman berdasarkan pengalaman mengajar Kemahiran Hidup Pertanian. Kajian tinjauan pendekatan kuantitatif ini melibatkan 60 orang guru yang dipilih dalam kalangan guru pendidikan khas yang mengajar mata pelajaran Asas Tanaman di Program Pendidikan Khas Integrasi. Data dikumpulkan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 49 item. Soal selidik tersebut dibina berdasarkan skala likert lima mata. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS. Analisis statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan berdasarkan persoalan kajian. Hasil keseluruhan dapatan kajian mendapati tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap adalah tinggi (Min = 4.11) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran guru dalam melaksanakan pengajaran Asas Tanaman berdasarkan pengalaman mengajar Kemahiran Hidup Pertanian (p> 0.05). Terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesediaan pengetahuan guru berdasarkan kehadiran kursus Asas Tanaman (p<0.05). Kajian ini dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan kursus latihan kepada guru untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan pengajaran Asas Tanaman. Perlaksanaan pengajaran Asas Tanaman yang berkesan dapat melahirkan murid berkeperluan khas masalah pembelajaran yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian. Kata

Cite

CITATION STYLE

APA

Derapa, N. F., & Mohamed, S. (2018). Kesediaan Guru Pendidikan Khas dalam Melaksanakan Mata Pelajaran Asas Tanaman. Jurnal ORTOPEDAGOGIA, 4(1), 66–71. https://doi.org/10.17977/um031v4i12018p066

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free