Hubungan antara Francaisor dan Francaisi dalam Pelaksanaan Perniagaan Francais Menurut Al-Qur'an Al-Karim

  • Husain M
  • Abdul Rahman N
  • Mohd Razif N
N/ACitations
Citations of this article
10Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Artikel ini bertujuan mengenalpasti dalil berkaitan yang ditemui dalam Al-Qur'an al-Karim terhadap hubungan di antara francaisor dan francaisi di atas pelaksanaan perniagaan francais. Ia berperanan sebagai panduan secara menyeluruh sepanjang perjanjian berlangsung bagi membatasi berlakunya konflik yang boleh menyimpangi daripada matlamat francais dicapai. Manakala francais pula merupakan model industri yang dilengkapi dengan pakej sedia ada mengikut akta francais persekutuan seperti pendaftaran, latihan dan pemasaran bergantung kepada kehendak syarikat francais masing-masing. Oleh itu, kajian ini mengkelaskan dalil daripada al-Qur'an al-Karim yang berkaitan dengan hubungan francaisor dan francaisi bagi memudahkan rujukan dilakukan mengikut sudut tertentu. Metodologi analisis kualitatif diaplikasikan dalam kajian ini supaya objektif kajian berjaya dipenuhi melibatkan kaedah kepustakaan terhadap pembacaan daripada pelbagai sumber. Hasil kajian mendapati hubungan kedua-duanya dapat ditemui dalam al-Qur'an melibatkan di antaranya sudut pengetahuan, pematuhan dan pertolongan. Kajian ini mencadangkan agar kepentingan memelihara hubungan di kalangan pengusaha perniagaan francais dapat disedari dengan baik berpandukan dalil daripada sumber pertama perundangan syara' dan berupaya memenuhi setiap hak pihak yang terlibat. Abstract This article seeks to identify the relevant evidence found in the Quran on the relationship between franchisors and franchisees in the conduct of franchise business. It serves as a comprehensive guide throughout the agreement to limit conflicts that may deviate from achieving the goals of franchising While franchise is an industry model that comes with existing packages under the federal franchise act such as registration, training and marketing depending on the needs of their respective franchise companies. Therefore, this study describes the evidence in the Quran in relation to franchisors and franchisees relationship to make reference easier for certain angles. The qualitative methodology was applied in this study so that the objectives of the study were successfully fulfilled involving library research method by reading from various sources. The results show that the relationship between the two can be found in the Quran involving knowledge, obedience and help. This study suggests that the importance of maintaining relationships among franchise business owners is well understood based on the evidence from the first source of Islamic law and strive to fulfill every right of the parties involved.

Cite

CITATION STYLE

APA

Husain, M. H. E., Abdul Rahman, N. N., & Mohd Razif, N. F. (2020). Hubungan antara Francaisor dan Francaisi dalam Pelaksanaan Perniagaan Francais Menurut Al-Qur’an Al-Karim. ‘Abqari Journal, 22(1), 96–109. https://doi.org/10.33102/abqari.vol22no1.283

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free