Analisis Undang-undang yang Mengawal Terma dalam Kontrak Pelesenan Paten untuk Pengkomersialan

  • A. Shukor H
  • Ghulam Khan I
  • Hashim H
N/ACitations
Citations of this article
8Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kontrak lesen ialah satu bentuk kontrak yang dibuat secara bertulis berdasarkan pada terma yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkontrak berkaitan pelesenan paten. Kontrak lesen merupakan salah satu cara eksploitasi harta intelek yang dibuat bagi tujuan mengkomersialkan reka cipta yang telah dipatenkan. Kajian lepas mendapati bahawa salah guna hak paten oleh pihak-pihak yang berkontrak boleh berlaku melalui terma-terma yang dimasukkan dalam kontrak lesen tersebut. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis peruntukan undang-undang yang mengawal terma dalam kontrak lesen. Bagi mencapai objektif tersebut, makalah ini mengguna pakai kaedah kepustakaan dan analisis dokumen perundangan berkaitan seperti akta, kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah, buku, dan jurnal. Hasil kajian menunjukkan terdapat peruntukan undang-undang di Malaysia yang mengawal terma yang dimasukkan di dalam kontrak pelesenan paten. Namun begitu, penambahbaikan perlu dibuat terhadap peruntukan undang-undang tersebut bagi tujuan melancarkan pelaksanaan kontrak pelesenan paten.

Cite

CITATION STYLE

APA

A. Shukor, H., Ghulam Khan, I. N., & Hashim, H. (2022). Analisis Undang-undang yang Mengawal Terma dalam Kontrak Pelesenan Paten untuk Pengkomersialan. Kanun Jurnal Undang-Undang Malaysia, 34(2), 301–320. https://doi.org/10.37052/kanun.34(2)no6

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free