PEMIKIRAN DAN PERJUANGAN EBIT IRAWAN BIN IBRAHIM LEW DALAM DAKWAH SAUDARA BARU DI MALAYSIA

  • Abd Karim K
  • Sabjan M
N/ACitations
Citations of this article
10Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Istilah saudara baru tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Mereka merupakan kelompok minoriti yang wajar diberikan keutamaan dalam agenda dakwah tanah air dengan meraikan segala perbezaan budaya dan bahasa pertuturan. Usaha dakwah yang terhad ditambah pula dengan sikap sambil lewa majoriti masyarakat Islam sedia ada yang sengaja meremehkan kewajipan berdakwah ke atas masyarakat bukan Islam khususnya amat membimbangkan. Justeru, kajian ini menyelidiki konsep pemikiran dan perjuangan dakwah Ebit Lew terhadap saudara baru di negara kita. Ketokohan beliau dalam dakwah saudara baru dikenal pasti dan diselidiki di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi ketika menjalankan dakwah. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menganalisis dapatan data primer dan sekunder secara diskriptif. Hasil penyelidikan mendapati usaha dakwah beliau cukup membantu golongan agamawan dan ilmuan. Tegasnya, gerakan dakwah beliau terhadap golongan saudara baru wajar diteladani dan diambilkira sebagai suatu revolusi dakwah yang amat realistik untuk terus dibangunkan dalam masyarakat majmuk di negara ini.sepatah

Cite

CITATION STYLE

APA

Abd Karim, K. S., & Sabjan, M. A. (2023). PEMIKIRAN DAN PERJUANGAN EBIT IRAWAN BIN IBRAHIM LEW DALAM DAKWAH SAUDARA BARU DI MALAYSIA. E-Bangi Journal of Social Science and Humanities, 20(3). https://doi.org/10.17576/ebangi.2023.2003.33

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free