Abstract
Akhlak merupakan salah satu daripada asas utama dalam ajaran Islam. Malah, di antara tujuan perutusan Rasulullah SAW ialah menyempurnakan akhlak selain daripada menyeru manusia untuk mentauhidkan Allah SWT. Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan Imam al-Qushayriyy sebagai tokoh tasawuf dan menjelaskan prinsip pembinaan akhlak menurut beliau berdasarkan karya yang berjudul al-Risāla. Ketokohan al-Qushayriyy dalam bidang tasawuf tidak dinafikan lagi terutama sumbangannya dalam membuktikan keselarian ajaran tasawuf dengan prinsip dasar syariah. Malah, karyanya al-Risāla ini merupakan magnum opus yang menjadi penanda aras bagi ahli tasawuf ke arah pembentukan akhlak. Hasil kajian menunjukkan al-Qushayriyy menekankan aspek penyucian jiwa (tazkiyyat al-nafs) dalam pembinaan akhlak. Antara kaedah penyucian hati yang dinyatakan ialah taubat, mujahadah, khalwat dan uzlah, warak, zuhud, diam, lapar dan meninggalkan syahwat serta zikir. Manakala aspek akhlak yang diketengahkan oleh beliau ialah sabar, malu, berakhlak mulia, dermawan dan murah hati, persahabatan serta menjaga hati guru. Prinsip-prinsip ini dihuraikan oleh al-Qushayriyy dengan bersumberkan kepada ayat-ayat al-Quran, hadis, petikan kalam para sahabat dan ulama. Berdasarkan prinsip yang dikemukakan ini difahami bahawa pembentukan akhlak mempunyai hubungan langsung dengan penyucian jiwa dan dikukuhkan lagi dengan bimbingan para guru.
Cite
CITATION STYLE
Ismail, N., Azizan, N. I., & Mohd Zin, S. M. (2021). Pembangunan akhlak menurut karya ulama silam: tumpuan terhadap Al-Risāla Al-Qushayriyya. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 6(1), 628–639. https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i1.147
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.