Abstract
Al-Quran merupakan sumber rujukan utama bagi umat Islam dalam menjalani kehidupan seharian. Ia merupakan kitab suci yang sentiasa dibaca, diamalkan dan diwarisi zaman-berzaman. Umat Islam mempelajari al-Quran dengan bimbingan guru bagi memperolehi dan mendapatkan cara bacaan yang sahih. Umum mengetahui al-Quran diwariskan kepada setiap generasi dengan kaedah mengambil bacaan dari guru, iaitu talaqqī (bertemu) secara mushāfaḥah (bacaan mulut ke mulut). Namun masyarakat masih kurang jelas dan tidak mengetahui konsep al-Taḥammul wa al-Adā’ (penerimaan dan pengamalan) dalam periwayatan bacaan al-Quran. Al-Taḥammul merupakan proses penerimaan dan pengambilan sesuatu ilmu, manakala al-Adā’ pula merupakan proses pengamalan sesuatu ilmu. Justeru, artikel ini akan membahaskan aplikasi al-Taḥammul wa al-Adā’ dalam kalangan qurrā’ (perawi bacaan al-Quran) dan kepentingannya. Data-data kajian dikumpul secara analisis dokumen kepustakaan, manakala metode analisis data pula dilakukan secara deskriptif. Dapatan menunjukkan terdapat beberapa kepentingan aplikasi al-Taḥammul wa al-Adā’, iaitu memastikan persambungan sanad, mengelakkan tadlīs atau penyelewengan sanad serta bagi tujuan rekod dan rujukan. Implikasi daripada dapatan kajian adalah mustahak untuk mendidik masyarakat mengetahui dan memahami ilmu al-Taḥammul wa al-Adā’ dalam periwayatan bacaan al-Quran.
Cite
CITATION STYLE
Mohamad, M. R., Ramli, F. Z., & Alias, N. (2020). Aplikasi al-Taḥammul wa al-Adā’ dalam kalangan qurrā’ dan kepentingannya. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 5(2), 425–433. https://doi.org/10.53840/alirsyad.v5i2.132
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.