Pengajaran KBAT Merentas Kurikulum: Cabaran Guru dalam Pelaksanaan

  • Andin C
  • M.Z R
N/ACitations
Citations of this article
225Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merentas kurikulum memerlukan semua guru melaksanakan perubahan pendekatan pengajaran daripada berpusat guru kepada berpusatkan pelajar. Guru bukan lagi sebagai pemberi maklumat dan pelajar bukan lagi sebagai penerima yang pasif.  Guru perlu menjadi fasilitator pembelajaran dan pelajar perlu aktif dalam pembelajaran.  Walau bagaimanapun,  kajian lepas mendapati pelaksanaan KBAT kurang berkesan.  Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meneroka pengalaman guru terutamanya dalam aspek cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan qualitatif secara indepth interviews bersama 6 orang guru di sekolah menengah.  Hasil kajian menunjukkan terdapat empat elemen utama dalam cabaran pelaksanaan KBAT iaitu inovasi, guru, persekitaran dan pemantauan.  Elemen inovasi dikaitkan dengan aspek fundamental seperti kerencaman dasar versus keupayaan melaksana. Elemen guru berkisar dengan kesediaan guru seperti pengetahuan dan kemahiran. Elemen persekitaran berkait dengan faktor budaya organisasi seperti budaya kerja, kepimpinan sekolah, motivasi kerja, dan infrasturuktur sokongan. Elemen pemantauan memberi fokus kepada faktor seperti penilaian pencapaian dasar. Hasil kajian ini boleh digunakan bukan sahaja oleh guru sebagai pelaksana, tetapi juga pembuat dasar, untuk tujuan penambahbaikan berterusan agar objektif dasar KBAT dapat dicapai.

Cite

CITATION STYLE

APA

Andin, C., & M.Z, R. (2023). Pengajaran KBAT Merentas Kurikulum: Cabaran Guru dalam Pelaksanaan. Jurnal Pemikir Pendidikan, 11(1), 61–72. https://doi.org/10.51200/jpp.v11i1.4280

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free