Keberkesanan Modul Pendekatan Projek Menggunakan Ecocampus UMS Untuk Pencapaian Matematik Awal Kanak-kanak Tadika

  • Emison A
  • Ompok C
  • Idang J
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
12Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pencapaian awal kanak-kanak tadika dalam pendidikan Matematik awal semakin mendapat banyak perhatian dalam bidang pendidikan pada masa kini. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan modul pendekatan projek yang menggunakan EcoCampus UMS (Modul PPECUMS) untuk pencapaian Matematik awal kanak-kanak tadika. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan seramai 40 orang kanak-kanak tadika di daerah Kota Kinabalu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pencapaian Matematik awal (UPMA) serta Soalan Asas Geometri dengan nilai kebolehpercayaan sebanyak 0.94. Dapatan kajian bagi pencapaian Matematik awal kanak-kanak tadika bagi kumpulan kawalan yang menggunakan pengajaran kelas biasa (min=45.50) dan kumpulan rawatan yang menggunakan modul PPECUMS (min=45.75) berada pada tahap bawah purata semasa ujian pra. Selepas pelaksanaan pengajaran pula, kumpulan kawalan berada pada tahap purata (min=71.65) manakala kumpulan rawatan berada pada tahap atas purata (min=80.45). Keputusan daripada ujian-t bebas pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian Matematik awal antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan sebelum pelaksanaan pengajaran (p=0.22). Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian Matematik awal antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan selepas pelaksanaan pengajaran (p=0.00). Hasil kajian ini secara umumnya berupaya meningkatkan pencapaian Matematik awal bagi kanak-kanak tadika yang terlibat dalam kajian ini. Penggunaan modul PPECUMS telah memberikan implikasi secara umum kepada amalan pengajaran guru tadika dan prasekolah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Emison, A., Ompok, C. C., Idang, J., & Mosin, M. (2023). Keberkesanan Modul Pendekatan Projek Menggunakan Ecocampus UMS Untuk Pencapaian Matematik Awal Kanak-kanak Tadika. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(11), e002583. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i11.2583

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free