PLASENTA HAIWAN DALAM PRODUK KOSMETIK DAN FARMASEUTIKAL: HALAL ATAU HARAM?

  • Mohd Salleh M
N/ACitations
Citations of this article
31Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Plasenta haiwan merupakan salah satu bahan yang dimanfaatkan dalam produk kosmetik dan farmaseutikal, lantaran kandungan kimianya yang berkhasiat tinggi untuk tujuan tersebut. Pelanggan Muslim merupakan antara pengguna produk-produk yang diformulasi daripada plasenta tanpa mengambil peduli mengenai hukum penggunaan sama ada halal atau haram. Isunya ialah adakah plasenta termasuk dalam kategori organ haiwan yang halal digunakan ataupun tidak dalam Islam. Justeru, objektif artikel ini adalah bagi mengenalpasti status plasenta menurut hukum Islam dan menganalisis fatwa mengenainya dalam aspek halal dan haram. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, menerusi kaedah analisis dokumen. Analisis hukum plasenta diklasifikasikan mengikut sumber dari mana sesuatu plasenta diperoleh iaitu samada haiwan halal yang telah disembelih mengikut kaedah syarak, haiwan yang masih hidup, dan haiwan telah mati. Hasil kajian menunjukkan hanya plasenta yang berasal daripada haiwan halal dan telah disembelih secara syarak diiktiraf sebagai halal dan suci. Justeru, tiada halangan untuk dimanfaatkan untuk tujuan perubatan mahupun kosmetik. Manakala plasenta diambil daripada haiwan hidup atau telah mati tanpa disembelih adalah haram

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Salleh, M. M. (2018). PLASENTA HAIWAN DALAM PRODUK KOSMETIK DAN FARMASEUTIKAL: HALAL ATAU HARAM? Malaysian Journal of Syariah and Law, 6(2), 101–110. https://doi.org/10.33102/mjsl.vol6no2.148

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free