Kesan Penggunaan Teknik Inkuiri Penemuan Berbanding Tutorial dalam Pembinaan Koswer terhadap Pencapaian Pelajar

  • Basri A
  • Lakulu M
N/ACitations
Citations of this article
27Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan teknik inkuari penemuan berbanding tutorial dalam pembinaan koswer ke atas pencapaian pelajar Tingkatan 2, dalam mata pelajaran sains. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah pendekatan eksperimen. Pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah koswer pendidikan teknik inkuiri penemuan dan koswer teknik tutorial. Manakala pembolehubah bersandar adalah prestasi pencapaian pelajar Tingkatan 2 dalam mata pelajaran Sains. Populasi kajian ialah terdiri daripada pelajar Tingkatan 2 di SMK Sungai Retang, Jerantut. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar yang dipilih secara rawak dari tiga kelas. Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kawalan secara rawak seramai 30 orang setiap kumpulan. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra, ujian pos dan soalselidik. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan kaedah statistik inferens. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan antara pelajar yang menerima rawatan dengan koswer teknik inkuari penemuan berbanding dengan pelajar yang menggunakan koswer teknik tutorial. Dapatan daripada hasil kajian ini dapat dirumuskan bahawa penggunaan strategi inkuiri penemuan lebih sesuai diterapkan berbanding teknik tutorial dalam pembangunan koswer sains.

Cite

CITATION STYLE

APA

Basri, A. A., & Lakulu, M. M. (2018). Kesan Penggunaan Teknik Inkuiri Penemuan Berbanding Tutorial dalam Pembinaan Koswer terhadap Pencapaian Pelajar. Journal of ICT In Education, 5, 40–47. https://doi.org/10.37134/jictie.vol5.5.2018

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free