Analisis Pengurusan Infrastruktur Dakwah dari Perspektif Al-Quran

  • Abdul Rahim M
  • Abdul Razak A
  • Abdul Jalil H
N/ACitations
Citations of this article
10Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pengurusan infrastruktur dakwah merujuk kepada usaha dalam menguruskan sumber infrastruktur dakwah secara sistematik dan efisien dengan menggunakan segala kemudahan yang telah tersedia. Namun dalam konteks Malaysia, kefahaman berkenaan pengurusan infrastruktur dakwah agak kurang diperjelaskan khusus melalui tinjauan al-Quran. Justeru kajian ini bertujuan mengetengahkan aspek pengurusan infrastruktur dari perspektif al-Quran dan menganalisis aktiviti yang berkaitan dengannya. Metode kajian adalah berbentuk kajian kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah tafsir maudhu’i bentuk ketiga digunakan bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian telah mengenal pasti beberapa aspek penting perlu diketengahkan iaitu kerangka teori pengurusan infrastruktur dakwah menurut al-Quran yang terdiri daripada proses penyediaan dan penyelenggaraan infrastruktur dakwah. Implikasi kajian ini memberikan gambaran jelas tentang mekanisme pengurusan infrastruktur dakwah dalam konteks dakwah kontemporari menurut perspektif al-Quran.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdul Rahim, Mohd. H., Abdul Razak, A. A., & Abdul Jalil, H. (2024). Analisis Pengurusan Infrastruktur Dakwah dari Perspektif Al-Quran. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(5), e002838. https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i5.2838

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free