Analisis Isu dan Masalah Perkahwinan di Sarawak dari Tahun 2019 hingga 2023

  • Sharkawi S
  • Saili J
N/ACitations
Citations of this article
12Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Perkahwinan masa kini menghadapi banyak cabaran. Sebuah kajian perpustakaan dilakukan bagi menganalisis isu dan permasalahan perkahwinan di Sarawak dari tahun 2019 hingga 2023. Melalui data statistik yang diperoleh dari Jabatan Agama Islam Sarawak, terdapat 5 punca utama masalah dan konflik rumah tangga iaitu tiada persefahaman antara pasangan, suami abai nafkah, masalah penagihan dadah, arak dan judi dalam kalangan pasangan, suami tidak bertanggungjawab dan suami atau isteri disyaki curang. Setiap isu dibincangkan dan dihuraikan dengan mengambil kira pandangan dari beberapa kaunselor yang mengendalikan sesi kaunseling perkahwinan bagi klien yang hadir memohon perkhidmatan kaunseling. Hasil kajian ini penting untuk merangka perancangan bagi peningkatan kualiti perkahwinan di Sarawak sama ada bagi tujuan meningkatkan kualiti dan mengurangkan kadar perceraian.

Cite

CITATION STYLE

APA

Sharkawi, S. A., & Saili, J. (2024). Analisis Isu dan Masalah Perkahwinan di Sarawak dari Tahun 2019 hingga 2023. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(5), e002819. https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i5.2819

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free